Honor Magic V6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Jun 2026

LocalTechnology
22 May 2026 • 12:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas diperlihatkan di MWC, kini pasaran Malaysia pula akan menerima kehadiran telefon lipat baharu Honor Magic V6. Pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 4 Jun 2026 pada jam 8 malam dan boleh ditonton secara dalam talian melalui laman rasmi Honor Malaysia.

Image from: Honor Magic V6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Jun 2026

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan peranti boleh lipat jenama ini pasti tahu bahawa ketahanan sememangnya menjadi salah satu keutamaan. Hal ini bertujuan menghapuskan rasa bimbang pengguna yang mahu beralih kepada peranti boleh lipat. Untuk membuktikan kehebatannya, Honor memperlihatkan demonstrasi luar biasa apabila peranti ini digunakan sebagai penyambung untuk menarik sebuah kapal terbang malah kereta meah sewaktu sesi taklimat bersama media semalam. Selain itu, HONOR turut mendakwa Magic V6 hadir dengan engsel keluli yang dinaik taraf, diuji mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan dan bukaan.

Image from: Honor Magic V6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Jun 2026

Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi didedahkan. Namun kebiasaannya model tempatan akan menyerupai penawaran versi global. Ia dijangka hadir dengan paparan luar 6.52-inci FHD+ dan paparan utama 7.95-inci, kedua-duanya menggunakan panel LTPO 2.0 AMOLED. Peranti ini turut dijangka dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 berama padanan memori 16GB RAM bersama storan 512GB, serta bateri 6,600mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 80W dan nirayar 66W.