
Honor Malaysia mengesahkan pagi ini peranti skrin lipat Honor Magic V6 akan dilancarkan di pasaran tempatan dalam masa terdekat. Tarikh sebenar pelancaran masih lagi dirahsiakan dengan mereka sekadar mengatakan maklumat lebih lanjut bakal dikongsi pada 21 Mei depan.

Honor Magic V6 kelihatan hampir sama dengan Magic V5 dengan skrin utama berukuran 7.95″, skrin luar 6.52 ” dengan kedua-duanya AMOLED serta segar semula sehingga 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori 16GB RAM, storan 512GB an bateri 6600 mAh dengan pengecasan pantas 80W.
Kamera utama terdiri daripada lesan sudut lebar 50MP, lensa telefoto 64MP, dan lensa ultra lebar 50MP serta dwi kamera hadapan 20MP. Seperti Oppo Find N6, Magic V6 juga dipasarkan sebagai telefon lipat dengan skrin tanpa garisan.






