Siri CPU Intel Arrow Lake Refresh Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 11 Mac Ini

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas pengumuman tentang siri cip pemprosesan komputer riba Intel Core Ultra 300 “Panther Lake”, Intel dilihat sedang bersiap-sedia untuk pelancaran siri cip pemprosesan seterusnya, iaitu Intel Arrow Lake Refresh.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa cip pemprosesan ini dijangka akan memasuki pasaran global sekitar bulan Mac ataupun April 2026, dan beberapa laporan mengatakan bahawa Intel akan memperkenalkan cip ini pada 11 Mac 2026. Satu lagi tarikh, 23 Mac 2026 juga telah diperlihatkan, dan ini dijangka adalah tarikh jualan untuk siri cip pemprosesan tersebut.

image is not available

Selain daripada cip pemprosesan desktop yang termasuklah Intel Core Ultra 7 270K Plus dan Intel Core Ultra 5 250K Plus, Intel juga dijangka akan memperlihatkan beberapa cip pemprosesan komputer riba termasuklah Intel Core Ultra 9 290HX Plus untuk komputer riba gaming dan produktiviti yang memperlukan kuasa pemprosesan yang hebat.

Intel Core Ultra 7 270K Plus akan hadir dengan gabungan 8 teras Performance dan 16 teras Efficiency, manakala Intel Core Ultra 250K Plus akan hadir dengan gabungan 6 teras Performance dan 12 teras Efficiency. Walaupun ia menyokong papan induk Intel LGA 1851 sedia ada, sokongan memori akan ditingkatkan ke penggunaan memori DDR5-7200 berbanding dengan kelajuan 6400 sebelum ini.