Malam tadi Honor Magic V2telah dilancarkan sebagai telefon skrin boleh-lipat ternipis dunia. Pada masa yang sama MagicPad 13 turut dilancarkan. Tablet ini hadir dengan skrin LCD 13-inci (2880 x 1840) IMAX Enhanced, menyokong kadar segar semula 144Hz dan juga HDR10. Tablet ini dijana dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Honor MagicPad 13 hadir dengan kamera belakang 13MP dan kamera swafoto 9MP. MagicPad 13 turut hadir dengan 8 speaker untuk sokongan audio spatial tanpa memerlukan aksesori audio. Untuk perisian pula MagicOS 7.2 yang lebih baharu dijalankan pada tablet ini dengan beberapa aplikasi produktiviti Honor tersendiri.

Sokongan stylus Honor Magic Pencil dengan sela masa 2ms dan 4096 tahap tekanan disediakan untuk menulis atau melukis. Tablet ini boleh disambungkan ke monitor dengan kabel USB-C dan mempunyai bateri 10500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.
Harga jualan di China bermula dari RMB 2,999 iaitu sekitar RM1,924.
- Sumber
- Honor China
