Honor Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Dengan Harga Bawah RM1500

TechnologyDigital
26 Feb 2026 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor dalam persediaan untuk melancarkan peranti baharu tidak lama lagi. Pengeluar itu dilihat masih mengekalkan fokus terhadap aspek rekaan dan cuba menawarkan pengalaman yang menarik dalam kelasnya.

image is not available

Setakat ini, elemen rekaan yang paling jelas kelihatan ialah modul kamera belakang dengan susunan tiga lensa berbentuk segi tiga yang dipisahkan oleh bonggol keemasan berkilau. Hal ni mengingatkan kepada gaya yang pernah digunakan pada model Honor 400 Lite sekali gus memberi bayangan bahawa Honor cuba mengekalkan identiti berkonsep yang sama.

image is not available
Honor 400 Lite

Honor turut menjanjikan peranti baharu ini akan dijual pada harga di bawah RM1,500 sekali gus memberi bayangan bahawa ia berpotensi ditempatkan dalam kategori pertengahan. Selain itu, Honor juga akan memperkenalkan beberapa produk lain melalui acara MWC termasuk telefon lipat V6 serta sebuah ‘Robot Phone’ yang pastinya mencuri perhatian ramai.

Nantikan pengumuman rasmi dan maklumat lanjut mengenai barisan produk ini dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved