IQOO 15R akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan menampilkan gabungan rekaan kompak serta spesifikasi premium dalam kelasnya.

iQOO 15R hadir dengan panel sejenis AMOLED 6.59″ yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak 5000 nits. Ia juga dilapisi kaca Schott Xensation Alpha bagi tujuan ketahanan. Peranti ini dijana oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1, kemudian menjalankan Android 16 berasaskan OriginOS 6 dengan sokongan kemas kini OS selama empat tahun serta keselamatan enam tahun.

Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 7600mAh dengan pengecasan pantas berwayar 100W. Untuk kamera, ia menawarkan lensa utama 50MP Sony LYT-700V, ultralebar 8MP dan swafoto 32MP. Kemudiannya, ia hadir dengan cip Q2 Supercomputing, sistem penyejukan 6.5K IceCore VC, sokongan permainan 144 FPS BGMI, pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, NFC, pembesar suara stereo, IR blaster serta penarafan IP68 dan IP69 sebagai pelengkap.
IQOO 15R ditawarkan dalam tiga varian iaitu 8GB/256GB pada harga INR44,999 (~RM 1,926), 12GB/256GB pada INR47,999 (~RM 2,054) dan 12GB/512GB pada INR52,999 (~RM 2,268). Semakan melalui laman media rasmi turut mengesahkan bahawa peranti ini akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

