Honor Mengesahkan Kehadiran Peranti Boleh Lipat Baharu Magic V5

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya pernah mengulas Honor Magic V3 dan boleh dikatakan ia hampir sempurna kecuali harganya yang agak tinggi, sekaligus menjadikannya sukar dimiliki oleh semua lapisan pengguna. NamuN apa yang wajar diberi penekanan ialah kehebatannya dari segi prestasi dan reka bentuk yang nipis.

image is not available

Ciri ini dijangka akan diteruskan pada model baharu Magic V5 yang kini mula diacah secara terbuka menerusi siaran rasmi di Weibo. Tarikh pelanacarannya telah disahkan pada 2 Julai 2025. Keutamaan terhadap reka bentuk nipis masih dikekakan dan berdasarkan perkongsian imej daripada GSMArena menunjukkan peranti menampilkan rekaan seumpama buku dengan skrin yang dilipat ke dalam.

image is not available

Setakat ini, tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi dalaman namun peranti ini dijangka memberi tumpyan besar terhadap keupayaan AI. Pendekatan itu bertujuan memberikan pengalaman produktiviti yang setara dengan komputer riba (PC). Ini juga seiring dengan pendekatan pesaing seperti vivo yang turut memberi penekanan yang sama pada peranti lipat baharu mereka.