Samsung Galaxy Z Fold7 Bertubuh Nipis Tetapi Bonggol Kamera Besar

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengacah Galaxy Z Fold7 yang akan dilancarkan pada bulan Julai ini akan mempunyai rekaan tubuh yang lebih nipis berbanding Z Fold terdahulu. Perubahan besar ini sudah lama diminta selepas pesaing seperti Honor, Vivo dan Oppo telah menawarkan peranti skrin-lipat dengan tubuh ultra nipis.

image is not available

Dengan pelancaran semakin hampir, rekaan peranti ini juga mula tertiris. Terkini pandangan sisi Z Fold7 tertiris menerusi Reddit menunjukkan penggunaan bonggol yang bersaiz besar. Ia adalah imej untuk kerangka yang diperbuat daripada bahan gentian karbon. Bonggol untuk tri-kamera kelihatan mempunyai ketebalan yang sama seperti tubuh Z Fold7 apabila dalam kedudukan terbuka.

image is not available

Saiz bonggol kamera dan lensa juga lebih besar jika dibandingkan dengan Z Fold6. Ia adalah mirip rekaan bonggol yang digunakan pada S25 Edge yang merupakan peranti nipis pertama dilancarkan Samsung tahun ini. Ini memberikan pentunjuk pertama kemampuan kamera Z Fold7 akan dinaik tarif selepas sekian lama hanya dilengkapi sensor bersaiz kecil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved