Imej Sebenar Vivo X Fold 5 Diperlihatkan Dengan Tubuh Lebih Nipis

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengurus produk Vivo telah mula mengeluarkan imej sebenar bagi peranti boleh lipat baharu Vivo X Fold 5. Peranti ini dikatakan lebih ringan berbanding X Fold 3 yang mempunyai berat 219g. Selain itu, ia diyakini akan menetapkan rekod baharu dari segi ketebalan dan berat yang menjadikannya antara telefon lipat ternipis di pasaran setakat ini.

image is not available

Imej dikongsi menunjukkan X Fold 5 dalam keadaan dilipat dengan ketebalan hanya sedikit lebih daripada iPhone 16 Pro Max yang berukuran 8.25mm. Laporan terbaru mendakwa bahawa ketebalan peranti ini dalam keadaan dilipat adalah 9.33mm manakala dibuka pula mungkin dalam hanya 4.3mm. Selain itu, beratnya dianggarkan sekitar 209g yang menjadikannya peranti boleh lipat bersaiz besar paling ringan setakat ini.

image is not available

Vivo turut mendakwa X Fold 5 akan menjadi peranti terawal dalam kelsnya dengan pelindungan tiga lapisan penarafan yang berkemungkinan termasuk kalis air, habuk dan jatuh. Tiada maklumat lanjut mengenai peranti ini termasuklah tarikh pelancarannya yang rasmi.