Honor Pad GT Pro Dilengkapi Skrin OLED 3K 144Hz Dan Snapdragon 8s Gen 3

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor turut memperkenalkan tablet baharu mereka dikenali sebagai Pad GT Pro. Ia adalah tablet dengan spesifikasi mercu mampu milik melalui sokongan cip Snapdragon 8s Gen 3. Sokongan stylus disediakan adalah perlu bagi sebuah tablet untuk menjadikannya peranti produktiviti sebenar.

image is not available

Melaluinya skrin 12.3-inci digunakan dengan panel sejenis OLED (1920 x 3000 piksel) 3K IMAX Enhanced dan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan kecerahan puncak 1600nits dan lapan pembesar suara berteknologi IMAX Enhanced untuk pengalaman lebih baik. Gabungan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB dilihat lebih daripada mencukupi untuk sebahagian pengguna moden. Selain itu mempunyai sistem penyejukan berasaskan kebuk wap bersaiz besar untuk peralihan haba yang baik.

image is not available

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera utama 13MP, swafoto sebesar 9MP dan bateri 10,050mAh dengan pengecasan pantas 66W. Harga jualan bermula RMB 2499 (~RM1,509) dengan tiga pilihan warna iaitu Moon shadow White, GT Blue dan Star Black.