Honor X7b 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Pada 22 April 2024

TechnologyDigital
18 Apr 2024 • 7:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor X7b 5G telah dilancarkan sebelum ini dengan spesifikasi kelas pertengahan. Antara ciri paling menonjol pada peranti sudah tentulah pada bateri besar 6000mAh, kamera utama 108MP dan pembesar suara stereo. Kemudian menariknya lagi kini disahkan memasuki Malaysia pada 22 April akan datang.

image is not available

Justeru persoalan utama kini hanya tertumpu pada perkakasan dalaman dan jualan rasmi. Namun sekiranya sama dengan variasi sebelum bermakna cip MediaTek Dimensity 6020 digunakan untuk tujang utama. Diikuti juga dengan skrin LCD 90Hz, kamera utama 108MP, swafoto 8MP dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 35W.

image is not available

Untuk melihat sejauh mana kebenaran ini sama-sama nantikan pelancaran rasmi, Honor turut tidak ketinggalan hadir dengan tablet dan penjejak kesihatan baharu pada acara yang sama.