HONOR X9c 5G – Lagi Tahan Lasak, Tahan Calar Dan Kalis Air

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bila sebut sahaja mengenai peranti HONOR di bawah siri X semestinya ramai akan mengaitkan dengan ketahanan. Anggapan tersebut tidak menjadi kesalahan memandangkan HONOR sendiri memasarkan peranti dalam rangkaian tersebut dengan daya tahan tinggi dan kebolehpercayaan dalam suhu yang ekstrem. Ini samalah seperti HONOR X9c 5G yang diperkenalkan dalam pasaran tempatan dengan sebahagian penawaran yang dipertingkatkan.

image is not available

Kalau sebelum ini HONOR X9b 5G digelar sebagai All-Angle Ultra Tough. Sementara itu HONOR menambah usaha untuk membuatkan peranti baharu ini lebih baik berbanding sedia ada. HONOR X9c 5G diumumkan sebagai Ultra-Tough Triple Defence yang bukan sahaja tahan lasak malahan lebih kukuh menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang sentiasa bergerak. Lihatlah sendiri rekaan yang anggun bersama tubuh nipis dengan sudut melengkung menjadikan HONOR X9c 5G selesa dipegang dan digunakan dalam tempoh masa yang lama. Ini turut dibantu dengan penambahbaikan yang mempersiapkan anda untuk sebarang senario harian sambil meningkatkan produktiviti.

image is not available

image is not available

Apabila anda menggunakan HONOR X9c 5G sukar untuk menidakkan kehebatan paparan serba baharu tanpa kompromi yang digunakan. Ini kerana HONOR X9c 5G menggunakan teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0 yang secara saintifiknya dilengkapi kaca dua lapisan untuk ketahanan calar, lalu menjadikannya boleh berfungsi sebaiknya dalam pelbagai keadaan. Menurut HONOR, ia boleh bertahan walaupun jatuh dari ketinggian dua meter yang mana lebih baik berbanding hanya 1.6 meter pada HONOR X9B 5G dan satu meter pada HONOR X9a 5G. Pada masa yang sama, kami turut diberi peluang menguji kemampuan dan ketahanan peranti baru ini dalam beberapa ujian saringan jatuh yang berpotensi berlaku dalam kehidupan harian.

image is not available

image is not available

image is not available

Misalnya seperti jatuh daripada ketinggian meja ke bahagian lantai keras seperti jubin atau kayu. Selain itu jatuh daripada ketinggian telinga semasa berbual, dan juga jatuh dari ketinggian poket seluar sewaktu mahu dikeluarkan. Dengan memanfaatkan teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0 kami mendapati skrin dan kaca belakang HONOR X9c 5G tidak pecah malahan berjaya selepas jatuh dan tergolek dari pelbagai sudut. Ini sekaligus membuktikan keupayaan untuk HONOR X9c 5G mampu bertahan dalam hampir semua senario selaras dengan apa yang dipromosi oleh HONOR. Dalam pada itu, kami berpendapat, HONOR X9c 5G juga pilihan yang sesuai untuk clumsy person iaitu seseorang yang cenderung sering menjatuhkan barang-barang secara tidak sengaja. Akibatnya sering menyebabkan barang-barang menjadi rosak. Selain itu sesiapa sahaja yang sentiasa bergerak sebagai contohnya, rider Grab.

image is not available

Paling mencuri tumpuan tentulah ketahanan kalis air IP65M yang direka dengan struktur kalis air tiga lapisan dan mampu melindungi dari kerosakan air dari pelbagai sudut. Atas sebab itu, HONOR X9c 5G bukan sahaja boleh tahan percikan air malahan masih boleh berfungsi walaupun direndam pada kedalaman 25 cm dalam tempoh sehingga 5 minit. Lagipun ketika musim tidak menentu di Malaysia ini kadang-kadang panas dan tiba-tiba pula hujan, telefon ini tidak mendatangkan masalah kepada pemiliknya menempuh air hujan yang turun tiba-tiba. Pada masa yang sama paparan juga boleh digunakan dalam keadaan tangan yang basah melalui sokongan Wet Hand Touch yang membolehkan kawalan sesentuh yang lancar dibuat tanpa masalah.

image is not available

image is not available

Selain itu kami juga menguji HONOR X9c 5G dengan ujian goresan bagi melihat sama ada skrinnya benar-benar tahan lasak atau sebaliknya. Kami menggunakan syiling untuk menggores permukaan skrin HONOR X9c 5G dan ia berjaya bebas daripada kesan calar yang ketara. Hampir tiada langsung kesan calar ketara dapat dilihat malahan kelihatan peranti berada dalam keadaan baik. Kalau adapun hanyalah pada skrin pelindung sahaja. Penelitian ini juga membuatkan kami berpendapat HONOR X9c 5G juga amatlah sesuai untuk golongan wanita yang selalu membawa beg yang dipenuhi dengan pin dan aksesori lain. Kalau perasan kebanyakan wanita gemar memasukkan bermacam-macam barangan dalam beg tangan. Tidak kiralah sama ada kunci rumah, kunci kereta, alat mekap, dompet mahupun resit-resit lama, semuanya mahu dimasukkan. Tidak percaya? Anda boleh cuba periksa beg sendiri atau rakan-rakan terdekat sekarang.

image is not available

Berdasarkan kesemua senario diatas, dapat dirumuskan bahawa HONOR X9c 5G boleh dijadikan pilihan hebat untuk mereka yang memerlukan telefon tahan lasak dan boleh bertahan dalam pelbagai situasi. Selain itu HONOR X9c 5G juga menawarkan beberapa peningkatan spesifikasi berbanding model sebelumnya. Ini termasuk dengan paparan lebih canggih sejenis AMOLED 6.7-inci 1.5K berkadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 6 Gen 1 untuk rangkaian 5G terbina. Selain itu peranti juga menawarkan bateri yang lebih besar 6,600mAh dengan pengecasan pantas 66W di samping dual speaker dengan kelantangan audio yang boleh sampai 300%. Rakaman gambar dan video juga kelihatan menarik dengan tetapan 108MP utama dengan OIS, 5MP ultra lebar dan rakaman video 4K. Tidak dilupakan HONOR X9c turut hadir dengan fungsi-fungsi berasaskan AI, seperti AI Eraser, AI Magic Portal, Magic Capsule dan AI Blur Private Info.

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan sahaja lebih tahan lasak dan calar, HONOR juga menyediakan lebih banyak jaminan menarik pada X9c berbanding X9b. Antaranya seperti jaminan gantian retak hadapan dan belakang selama 365 hari, polisi gantian peranti one-to-one selama 180 hari kalau terdapat masalah kualiti hardware dan jaminan bateri tiga tahun tanpa sebarang kos tambahan. Bagi yang berminat, HONOR X9c 5G dijual pada RM1,499 (12/256GB) dan RM1,699 (12/512GB) dengan pilihan warna seperti Titanium Purple, Titanium Black dan Jade Cyan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk dapatkannya satu sekarang dan maklumat lebih lanjut mengenai HONOR X9c 5G, anda boleh kunjungi laman web rasmi HONOR Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia