Hospital Sultanah Nur Zahirah Cipta Sejarah! Berjaya Rawat, Bedah Bayi Seberat 500 Gram

LocalHealth & Fitness
10 Jun 2026 • 11:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencatat satu lagi kejayaan dalam bidang perubatan apabila pasukan multidisiplin hospital itu berjaya merawat serta melakukan pembedahan ke atas seorang bayi pramatang yang dilahirkan dengan berat hanya 500 gram, antara kes paling kecil pernah dikendalikan di fasiliti berkenaan.

Menurut HSNZ, kejayaan tersebut mencerminkan kemajuan perubatan moden serta kepakaran dan kerjasama berpasukan dalam kalangan petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian kes berisiko tinggi.

Image from: Hospital Sultanah Nur Zahirah Cipta Sejarah! Berjaya Rawat, Bedah Bayi Seberat 500 Gram

Bayi berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas mengalami komplikasi Necrotising Enterocolitis (NEC) dengan kebocoran usus ketika berusia lima hari, yang memerlukan pembedahan laparotomi kecemasan segera.

Ketika itu, bayi tersebut hanya seberat 500 gram dan berada dalam keadaan kritikal.

Selepas tiga bulan, bayi berkenaan sekali lagi menjalani pembedahan bagi penutupan stoma, dan kedua-dua prosedur berisiko tinggi itu berjaya dilaksanakan dengan selamat.

Image from: Hospital Sultanah Nur Zahirah Cipta Sejarah! Berjaya Rawat, Bedah Bayi Seberat 500 Gram

Sepanjang hampir empat bulan menerima rawatan di NICU, bayi tersebut terus bergelut untuk hidup dan membesar dengan pemantauan rapi serta rawatan berterusan oleh pasukan pakar, jururawat NICU dan seluruh petugas kesihatan hospital.

HSNZ menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil gabungan ilmu perubatan, teknologi, dedikasi serta usaha berterusan petugas kesihatan dalam memastikan kelangsungan hidup pesakit kritikal.

Bayi berkenaan kini stabil dan telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga selepas melalui perjalanan rawatan yang panjang dan mencabar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved