Hotel Berbentuk Poke Ball Dibuka Di Jepun

GamingTravel
17 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pernahkan anda tefikir kehidupan Pokemon yang disimpan di dalam Poke Ball? Adakah ia selesa? Adakah ia jatuh ke dalam kategori kekejaman ke atas haiwan? Nasib baik soalan ini sekadar retorikal kerana Pokemon tidak wujud. Tetapi peminat tegar Pokemon di Jepun kini boleh menyertai pertandingan untuk menginap di dalam sebuah Poke Ball.

Image from: Hotel Berbentuk Poke Ball Dibuka Di Jepun

Bilik hotel berbentuk Poke Ball ini dihasilkan oleh NOT A HOTEL di Tomakomai, Hokkaido dengan kerjasama aplikasi Pokemon Sleep. Ia sebuah sfera sebesar 3 meter yang boleh menempatkan 2 individu dengan ia turut mempunyai kelengkapan asas seperti pendingin hawa, lampu, katil dan bilik air.

Image from: Hotel Berbentuk Poke Ball Dibuka Di Jepun

Hanya satu hotel Poke Ball dibina dengan ia akan ditawarkan kepada 10 peminat paling tegar Pokemon Sleep yang dipilih secara rawak di Jepun. Mereka yang berminat perlu memuat turun aplikasi Pokemon Sleep dengan penyertaan ditutup 30 September.

Image from: Hotel Berbentuk Poke Ball Dibuka Di Jepun

Seramai 10 pasangan akan dipilih dengan tarikh penginapan ialah antara 2-10 Oktober. Selain penginapan dua hari satu malam, makan dan minum juga diberikan percuma kepada pemenang.

Sumber – Poke Ball Hotel

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved