Hotel Terbakar Di Mekah, 70 Orang Jemaah Malaysia Selamat

14 Mar 2026 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Semua jemaah Malaysia dilaporkan selamat selepas satu kebakaran berlaku di sebuah hotel di Mekah pada petang Khamis.

Kementerian Luar Negeri Malaysia memaklumkan insiden tersebut berlaku sekitar jam 5 petang waktu tempatan di Hotel Mira Ajyad yang menempatkan kira-kira 70 jemaah dari Malaysia.

image is not available

Menurut kementerian itu, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah segera berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta agensi pelancongan yang menguruskan jemaah bagi memastikan keadaan mereka berada dalam keadaan selamat.

Semakan awal mendapati jemaah terbabit berada di bawah pengurusan beberapa agensi termasuk TH Travel, Zahafiz Travel dan Rayhar Travel.

Ketiga-tiga agensi berkenaan mengesahkan semua jemaah Malaysia yang berada di hotel tersebut telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.

Artikel berkaitan: Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?

Setakat ini punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa tempatan, manakala tetamu hotel tidak dibenarkan kembali ke bilik masing-masing buat sementara waktu bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Pihak hotel bersama agensi pelancongan turut bersedia menyediakan penginapan alternatif sekiranya diperlukan sementara keadaan kembali pulih.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.