Hotlink Tambah Pilihan SIM Travel 7 Hari Untuk Percutian Singkat – Internet Tanpa Had Pada RM25

LocalTravel
2 Jul 2026 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hotlink Tambah Pilihan SIM Travel 7 Hari Untuk Percutian Singkat – Internet Tanpa Had Pada RM25

Hotlink memperkenalkan pilihan baharu dalam rangkaian SIM Travel khas untuk pelancong yang bercuti dalam tempoh singkat. Dengan harga RM25, SIM Travel 7 ini menawarkan internet 5G tanpa had dengan kelajuan tinggi di empat destinasi utama Asia iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Image from: Hotlink Tambah Pilihan SIM Travel 7 Hari Untuk Percutian Singkat – Internet Tanpa Had Pada RM25

Pelan ini menjadi tambahan menarik kepada rangkaian SIM Travel Hotlink sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelancong untuk kekal berhubung sepanjang percutian mereka. Sebelum ini, Hotlink telah pun menawarkan SIM Travel 15 hari dan 30 hari untuk mereka yang mengembara lebih lama. Dengan adanya pilihan baharu 7 hari, pelancong boleh memilih tempoh yang paling sesuai dengan jadual perjalanan masing-masing.

Image from: Hotlink Tambah Pilihan SIM Travel 7 Hari Untuk Percutian Singkat – Internet Tanpa Had Pada RM25

Butiran penuh bagi pelan 7 hari ini adalah termasuk harga langganan RM25, dengan internet tanpa had di empat negara Asia, kelajuan tinggi, panggilan tanpa had dalam Malaysia serta 40GB FUP. Kesemua harga ditawarkan adalah termasuk SST 6% bagi bukan warganegara Malaysia. Hotlink Travel SIM ini boleh didapati di Maxis Centre yang terletak di KLIA Terminal 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta beberapa hab pelancongan terpilih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved