
RIYADH – Dua saksi di lapangan terbang Riyadh berkata bahawa sebuah pesawat milik syarikat penerbangan nasional, Saudia mengalami kerosakan yang jelas kelihatan, selepas kumpulan Houthi melancarkan siri serangan menyasarkan kemudahan itu semalam.
Terdahulu, saksi pertama berkata, sekurang-kurangnya sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid itu ‘rosak teruk’, manakala sumber kedua menyatakan, tiga pesawat terkena bedilan..
Sejumlah letupan kedengaran di seluruh Riyadh ketika tentera pakatan Arab Saudi memintas peluru berpandu yang dilancarkan ke arah lapangan terbang tersebut.
Kedua-dua saksi memberitahu, sebuah pesawat Saudia yang diletakkan di Terminal 4 rosak pada bahagian badan (fuselaj) termasuk keretakan dan lubang, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Terminal itu digunakan oleh Saudia dan Riyadh Air untuk penerbangan domestik. – AFP
The post Houthi makin ganas, pesawat Saudia sasaran misil appeared first on Kosmo Online.





