“How it started vs how it’s actually going” – KJ Sindir Fahmi Fadzil?

Entertainment
30 May 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Foto yang dimuat naik oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi IG Story miliknya semalam telah mendapat perhatian netizen. Foto itu menunjukkan satu tweet milik Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertarikh 8 November tahun lalu.

Dalam tweet tersebut, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa undi Khairy bersamaan dengan undi Zahid Hamidi, gambar seterusnya pula menunjukkan foto Fahmi Fadzil berpeluk mesra dengan Timbalan Perdana Menteri itu.

 

“Lama dia pendam tu” – Netizen

Perkongsian itu telah tular di Twitter membuatkan ramai netizen rasa terhibur melihatnya kerana ada yang mendakwa bahawa kata-kata itu diibarat satu scam semata-mata kerana kita dah sedia maklum mengenai kerajaan perpaduan yang memerintah negara kini.

Jika diperhatikan tarikh tweet tersebut, ia merupakan tarikh musim Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15), jadi pastinya setiap calon akan berusaha untuk menambat hati rakyat yang menentukan calon pilihan mereka untuk masa depan negara. Mungkin itu lah yang membuatkan KJ tiba-tiba terkenang kot.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, apa pun kita harap KJ dapat buat ‘comeback’ kalau rezeki.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.