HP EliteBook X G3i Dikenalpasti Sebagai Komputer Riba Pertama Dikuasakan Cip Intel Nova Lake

TechnologyDigital
18 Sep 2026 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HP EliteBook X G3i Dikenalpasti Sebagai Komputer Riba Pertama Dikuasakan Cip Intel Nova Lake

Intel dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan Intel Nova Lake akan datang mereka pada penghujung tahun ini, dengan jangkaannya ialah cip pemprosesan kelas desktop akan diperlihatkan dahulu sebelum siri cip komputer riba diperkenalkan.

Terkini, maklumat nampaknya telah tertiris bahawa komputer riba pertama yang akan dikuasakan siri cip pemprosesan tersebut telah tertiris, dan ia adalah komputer riba HP EliteBook X G3i. Maklumat ini tertiris melalui perisian penanda-aras SiSoftware yang telah dimuat-naik ke laman web mereka.

Image from: HP EliteBook X G3i Dikenalpasti Sebagai Komputer Riba Pertama Dikuasakan Cip Intel Nova Lake

Penanda-aras tersebut memperlihatkan nama model komputer riba tersebut bersama-sama dengan nama papan induk HP 8FF4 dan juga cip pemprosesan Genuine Intel(R) 0000. Jangkaan kami ialah oleh kerana cip pemprosesan tersebut masih lagi berada dalam fasa ujian, nama cip pemprosesan tersebut belum disahkan lagi.

Image from: HP EliteBook X G3i Dikenalpasti Sebagai Komputer Riba Pertama Dikuasakan Cip Intel Nova Lake

Perisian tersebut turut mendedahkan beberapa butiran lain mengenai cip pemprosesan ini, termasuklah ia hadir dengan 20 teras terbina, dengan kelajuan sehingga 4.6GHz dengan cache L3 sehingga 18MB.

HP EliteBook X G3i ini merupakan model terbaru dalam siri EliteBook X, yang mana model sedia ada adalah HP EliteBook X G2i yang dikuasakan oleh siri cip pemprosesan Intel Panther Lake. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, siri cip Intel Nova Lake juga akan hadir dengan penawaran siri cip pemprosesan yang nampaknya akan menggantikan Panther Lake kelak, dan ini adalah bukti paling sahih tentang perkara tersebut setakat ini.

Sumber: SiSoftware

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved