Lenovo IdeaPad Slim 3i Dikemaskini Dengan Pilihan Paparan OLED 1000 Nits

TechnologyDigital
10 Sep 2026 • 1:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo baru-baru ini telah mengemaskini penawaran komputer riba mampu-milik mereka dengan model Lenovo IdeaPad Slim 3i dengan mamperlihatkan pilihan untuk paparan skrin OLED dengan nilai kecerahan yang tinggi.

Lenovo IdeaPad Slim 3i Gen 11 (15IPH11) dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core 300 “Wildcat Lake”, termasuklah Intel Core 5 320 dan juga Intel Core 7 350 dengan pilihan memori LPDDR5 dari 8GB sehinggalah 32GB dengan pilihan storan SSD dari 256GB sehingga 1TB.

Image from: Lenovo IdeaPad Slim 3i Dikemaskini Dengan Pilihan Paparan OLED 1000 Nits

Kemaskini baru yang diperkenalkan pada model komputer riba ini ialah pilihan untuk panel OLED bersaiz 15.3 inci dengan resolusi 2560×1600, kadar segar semula 165Hz dan juga nilai kecerahan 1000 nits. Jika anda seorang yang gemar menonton video, siri televisyen dan filem melalui perkhidmatan penstriman seperti YouTube, Netflix, HBO Max dan sebagainya, paparan ini dilihat sebagai piilhan yang sangat sesuai untuk anda.

Image from: Lenovo IdeaPad Slim 3i Dikemaskini Dengan Pilihan Paparan OLED 1000 Nits

Dari segi aspek lain, komputer riba ini turut merumahkan dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam USB 3.2 Type-C dengan sokongan pengecasan 65W, satu palam HDMI 1.4, satu palam audio 3.5mm dan satu pembaca kad SD. Dari segi bateri pula komputer riba ini merumahkan bateri 50WHr dengan sokongan pengecasan pantas.

Melalui laman Lenovo Malaysia, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan komponen dengan sokongan rangkaian nirwayar WiFi6 ataupun WIFi7 dengan sambungan Bluetooth 5.3 ataupun 5.4 mengikut keperluan anda.

Kemaskini ini sudahpun boleh diperlihatkan melalui laman web Lenovo Malaysia, dimana komputer riba Lenovo IdeaPad Slim 3i dengan paparan OLED ini dijual pada harga RM3,243.94

Sumber: Lenovo Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved