HRD Corp laksana semua syor, SPRM tamatkan pemantauan

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 3:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: HRD Corp laksana semua syor, SPRM tamatkan pemantauan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara rasmi telah menamatkan pemantauan tadbir urus terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Ia sekali gus memberikan status ‘selesai’ kepada HRD Corp, agensi peneraju pembangunan modal insan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia menerusi surat rasmi yang diterima daripada SPRM, semalam.

Pengerusi HRD Corp, Datuk Rusli Jaafar, berkata, ia susulan kejayaan langkah proaktif agensi memperkukuh tadbir urus organisasi melaksanakan segala syor penambahbaikan tadbir urus yang dipersetujui bersama SPRM.

“Pencapaian penting ini mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, komitmen kepimpinan HRD Corp serta kerjasama SPRM sepanjang proses berkenaan,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap hala tuju organisasi di bawah kepimpinan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shamir Aziz.

“Pencapaian ini adalah bukti kepada dedikasi, profesionalisme dan kerja keras warga HRD Corp. Sejak Datuk Shamir menerajui organisasi, HRD Corp terus memperkukuh asas sedia ada dengan tumpuan jelas terhadap agenda dan tanggungjawab mendatang.

“Dengan kepimpinan mantap serta pasukan yang komited, HRD Corp akan terus mengekalkan tahap integriti, akauntabiliti dan tadbir urus terbaik dalam usaha memacu pembangunan modal insan Malaysia ke hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post HRD Corp laksana semua syor, SPRM tamatkan pemantauan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved