SPRM tamatkan pemantauan tadbir urus terhadap HRD Corp

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 12:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SPRM tamatkan pemantauan tadbir urus terhadap HRD Corp Image from: SPRM tamatkan pemantauan tadbir urus terhadap HRD Corp hamden27/10/2026 - 12:39 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara rasmi menamatkan pemantauan tadbir urus terhadap Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) selepas agensi itu melaksanakan semua syor penambahbaikan tadbir urus yang dipersetujui bersama.

 

HRD Corp dalam kenyataan pada Selasa berkata, status “selesai” diberikan menerusi surat rasmi SPRM bertarikh 26 Oktober 2026, susulan pelaksanaan menyeluruh langkah penambahbaikan berkenaan.

 

Pengerusinya, Datuk Rusli Jaafar berkata, pencapaian itu mencerminkan sokongan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, komitmen kepimpinan HRD Corp serta kerjasama SPRM sepanjang proses berkenaan.

 

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap hala tuju organisasi di bawah kepimpinan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk  Shamir Aziz.

 

“Pencapaian ini adalah bukti kepada dedikasi, profesionalisme dan kerja keras seluruh warga HRD Corp. Sejak Datuk Shamir menerajui organisasi, HRD Corp terus memperkukuh asas sedia ada dengan tumpuan yang jelas terhadap agenda dan tanggungjawab yang mendatang,” katanya.

 

Rusli berkata, HRD Corp akan terus mengekalkan tahap integriti, akauntabiliti dan tadbir urus terbaik dalam usaha memacu pembangunan modal insan Malaysia.

 

“Dengan kepimpinan yang mantap serta pasukan yang komited, HRD Corp akan terus mengekalkan tahap integriti, akauntabiliti dan tadbir urus terbaik dalam usaha memacu pembangunan modal insan Malaysia ke hadapan,” katanya.

 

HRD Corp ialah agensi peneraju pembangunan modal insan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved