Huawei dilaporkan akan melancarkan telefon skrin lebar 16:10 bulan depan. In ialah sebuah telefon pintar biasa dan bukan peranti skrin lipat seperti Pura X yang dilancarkan sebelum ini. Ia dipercayai akan dilengkapi skrin 6.3″ dengan ia adalah sebuah peranti kelas mercu.

Ia akan menjadi peranti skrin lebar pertama bukan dari jenis skrin lipat yang akan ke pasaran. Ia sekadar mengikuti trend populariti Pura X dan Galaxy Z Fold8 yang membuktikan terdapat permintaan untuk peranti skrin lebar. Dengan rekaan seperti ini, peranti lebih mudah digunakan sebelah tangan berbanding peranti dengan skrin memanjang tradisional.
Selain Huawei, Honor, Oppo dan Xiaomi turut dilaporkan sedang membangunkan peranti skrin 16:10 mereka tersendiri. Oppo misalnya diramalkan akan melancarkan peranti skrin lebar mereka awal 2027. Selepas menggunakan Z Fold8 selama dua minggu, saya boleh katakan skrin 16:10 memang lebih selesa digunakan tetapi menyebabkan sesetengah kandungan terpotong di bahagian atas kerana skrin yang lebih pendek.
Sumber – CNMO



