Huawei Akan Melatih 30,000 Orang Pakar AI Di Malaysia Dalam Tempoh 3 Tahun

LocalTechnology
13 Aug 2025 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan acara ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung minggu ini di Kuala Lumpur, pihak Huawei kini turut mengambil peluang untuk mengumumkan inisiatif mereka, dinamakan APAC AI Ecosystem.

image is not available

Melaluinya, Huawei menjanjikan perancangan untuk melatih 30,000 orang pakar kecerdasan buatan dalam tempoh tiga tahun, sekaligus membolehkan Malaysia menjadi salah satu pusat kecemerlangan Huawei untuk kecerdasan buatan.

Huawei juga turut menyasarkan akan menyokong lebih 200 rakan kerjasama dalam menawarkan pelbagai penyelesaian unik berasaskan kecerdasan buatan.

Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan dengan inisiatif ini masih belum dikongsikan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved