Huawei Akan Memperkenalkan Telefon Katup Di Bawah Siri Nova

TechnologyDigital
22 Jul 2024 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini nampaknya akan bermula peperangan telefon katup. Xiaomi baru sahaja memperkenalkan MIX Flip dengan skrin luar gergasi, kemudian Samsung pula dengan Galaxy Z Flip6 dan akan datang Huawei turut akan memperkenalkan telefon katup baharu pula, tetapi bukan di bawah siri P.

image is not available

Sebaliknya menurut Digital Chat Station, Huawei mungkin akan melancarkan telefon katup mampu milik di bawah siri Nova. Sumber menyatakan Huawei mungkin akan memperkenalkannya pada bulan Ogos akan datang. Acara ini sepatutnya adalah untuk Nova 13 tetapi siri peranti ini mungkin ditunda bagi memberi laluan kepada telefon katup mampu milik.

Nova Pocket atau Nova Flip, dikatakan mungkin dijana dengan cip yang sama pada Huawei Pura 70 iaitu Kirin 9010 dan telefon ini turut mungkin akan menyertakan teknologi kamera XMAGE. Sama-sama kita nantikan apakah perancangan Huawei tidak lama lagi.