Huawei Dilaporkan Sedang Bangunkan Sub-Jenama Baharu – OSTA

Technology
5 Nov 2026 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Dilaporkan Sedang Bangunkan Sub-Jenama Baharu – OSTA

Huawei sebelum ini mempunyai sub-jenama mereka, Honor yang kemudiannya diasingkan menjadi entiti berasingan. Kini, Huawei dilaporkan sedang membangunkan satu lagi sub-jenama baharu yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat, dikenali dengan nama “OSTA”.

OSTA dikatakan akan memperkenalkan dua telefon pintar baharu, iaitu Osta O1 dan juga Osta O1 Pro. Untuk O1 Pro, ia dikatakan akan lebih menyerupai kepada Huawei Pure X View sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi pasaran manakah yang akan ditawarkan dengan jenama Osta ini. Pengenalan sub-jenama ini juga dilihat hadir selari dengan Huawei yang sebelum ini menyasarkan untuk memfokuskan kembali pasaran global seawal 2027 kelak dalam usaha mengejar kembali pegangan pasaran mereka seperti sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved