
Huawei FreeBuds Neo dilancarkan di Malaysia sebagai fon telinga nirwayar baharu dengan rekaan yang ringan, pembatalan hingar adaptif dan bateri tahan lama.

Setiap fon telinga hanya seberat 4.8 gram dan direka berdasarkan lebih 10,000 sampel telinga untuk memastikan keselesaan sepanjang hari. Ia dilengkapi pembatalan hingar adaptif sehingga 30 dB dengan sistem dua saluran yang mampu menangkap 400,000 data hingar sesaat yang membolehkan mod bertukar secara automatik mengikut keadaan sekitar.

Ini dipadankan dengan pemandu audio 11mm Turbo yang menawarkan julat frekuensi sehingga 48 kHz serta menyokong LDAC HD Audio dan audio tanpa kehilangan kualiti sehingga 2.3 Mbps pada peranti Huawei. Fon telinga ini juga menawarkan sokoncan audio spatial 360 darjah dengan penjejakan kepala untuk pengalaman penggunaan lebih imersif.

Ia juga dilengkapi tiga mikrofon bersama mikrofon pengesan getaran suara yang bantu memastikan panggilan kekal jelas walaupun dalam suasana bising. Tambatan pantas pula menggunakan Bluetooth 6.0 dengan sokongan pemasangan pantas serta sambungan serentak kepada dua peranti.

Bateri disediakan mampu bertahan sehingga 6.5 jam dengan ANC aktif, 10 jam tanpa ANC dan sehingga 40 jam bersama pod pengecas. Sebagai tambahan, ia mempunyai penarafan IP55 yang memberikan perlindungan daripada debu dan percikan air.

Di Malaysia, FreeBuds Neo dijual pada RM499 dengan harga promosi RM399 selepas rebat. Pembelian turut disertakan hadiah bernilai RM278 termasuk rebat RM100, waranti APAC setahun dan perkhidmatan Huaweir Loss Care selama setahun.


