
Selepas tiga tahun sejak pelancaran Mate 50, HUAWEI Malaysia bersedia membawa HUAWEI Mate 80 Pro ke pasaran tempatan, bersama-sama HUAWEI FreeBuds Pro 5, HUAWEI WATCH Ultimate 2 (Green), dan HUAWEI FreeClip 2 Rose Gold, memperkenalkan inovasi flagship terbaru kepada pengguna Malaysia.
Di inti Mate 80 Pro ialah sistem kamera canggih, direka untuk ketepatan pada setiap panjang fokus. Daripada rakaman ultra-lebar hingga telefoto makro, sistem ini membolehkan peralihan lancar dan pengambilan dekat yang lebih baik, memberi kebebasan kreatif lebih luas dalam pelbagai situasi.
Sistem Kamera True-to-Colour memastikan keseimbangan tona semula jadi walaupun dalam pencahayaan sukar sama ada di dalam rumah, cahaya belakang, atau luar rumah. Fungsi seperti AI Composition memberikan panduan bingkai secara langsung, manakala AI Remove dan AI Best Expression membantu menambahbaik foto secara pintar dan mudah, menghasilkan imej lebih tajam dan menawan.
Ketahanan juga menjadi ciri utama. Dengan Kaca Kunlun Generasi Kedua dan panel belakang serat vegan ultra-tahan, Mate 80 Pro mampu menahan jatuh, percikan air, dan penggunaan harian. Rekaan Dual Space Ring menggabungkan simetri arkitektonik dengan kemasan premium, tersedia dalam pilihan warna Emas, Hijau, dan Hitam.
Prestasi berterusan dijana oleh bateri 5,750 mAh yang menyokong SuperCharge berwayar 100 W dan SuperCharge tanpa wayar 80 W. Sistem SuperCool Dual Phase Change Heat Dissipation bersama Huawei Ark Enginememastikan output stabil, multitugas lancar, dan responsif walaupun pada tugasan berat.
Ekosistem Huawei turut diperkaya dengan HUAWEI FreeBuds Pro 5, earbud true wireless terbaru yang dilengkapi Dual-Drive Acoustic System untuk bunyi seimbang dan bass bertenaga, lengkap dengan sistem Dual-Engine AI Noise Cancellation pertama di dunia untuk pengalaman audio lebih jelas dalam pelbagai situasi.
Sementara itu, HUAWEI WATCH Ultimate 2 (Green) mengekalkan kemampuan premium untuk aktiviti menyelam dan outdoor, dengan ciri golf yang dipertingkatkan, manakala HUAWEI FreeClip 2 Rose Gold terus menawarkan pengalaman “Never Feel, Never Fall” dengan keselesaan telinga terbuka.
Pengguna boleh mendapatkan HUAWEI Mate 80 Pro di HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada, serta HUAWEI Official TikTok Shop, lengkap dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,115, termasuk HUAWEI MatePad 11.5, Huawei Premium Service, Huawei Care⁺ Setahun, Penggantian Bateri Tiga Tahun, Pelindung Skrin Dua Tahun, dan Jaminan APAC Setahun.
Tandakan kalendar anda pada 12 Mac 2026 untuk pelancaran rasmi. Untuk kemas kini atau promosi terkini, sila layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook rasmi, atau Instagram HUAWEI.

