Huawei Mate X7 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM8688

LocalTechnology
20 Jan 2026 • 3:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei hari ini melancarkan telefon boleh lipat baharu Mate X7 di Malaysia. Model baharu ini memberi penekanan terhadap ketahanan jangka masa panjang, di samping dilengkapi dengan sistem kamera yang dipertingkatkan untuk pengalaman fotografi lebih baik.

image is not available
image is not available
image is not available

Huawei Mate X7 hadir dengan skrin utama berukuran 8-inci serta skrin sekunder 6.49-inci. Kedua-duanya menggunakan panel LTPO OLED 120Hz dengan resolusi 2416 × 2210 piksel. Selain itu, ia ditawarkan dengan memori tunggal 16GB RAM bersama storan dalaman 512GB tanpa maklumat mengenai cip pemproses tidak dinyatakan. Ia juga dilengkapi sistem penyejukan SuperCool Ultra-Large VC & Graphene Heat Dissipation, yang menggunakan VC bersaiz besar bersama bahan grafena. Teknologi ini membantu mengawal suhu dengan lebih baik agar peranti kekal sejuk dan stabil sepanjang penggunaan.

image is not available
image is not available
image is not available

Peranti turut dilengkapi sistem kamera yang terdiri daripada 50MP Ultra Lighting HDR (F1.49~F4.0, OIS), 40MP Ultra-Wide-Angle (RYYB), 50MP Telephoto Macro (F2.2, RYYB, OIS) serta True-to-Colour Camera. Untuk swafoto, ia menyediakan sensor 8MP pada skrin luar dan dalam. Selain itu, peranti ini disokong bateri 5600mAh dengan pengecasan pantas 66W melalui port USB-C dan 50W secara nirwayar. Tidak ketinggalan, ia menjalankan EMUI 15 dengan beberapa ciri AI terkini seperti AI Multi-task, AI Messaging, AI Retouch, AI Best Expression dan AI Remove.

image is not available
image is not available

Huawei Mate X7 ditawarkan di Malaysia pada harga RM8,688 dengan pilihan warna Nebula Red, Classic Black dan Brocade White. Pratempahan yang dibuat antara 20 hingga 30 Januari 2026 turut disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM7,597, merangkumi Huawei Watch 5 (RM1,999), Huawei MatePad 11.5” (RM1,299), rebat tukar beli eksklusif RM2,000 untuk peranti terpilih, serta perlindungan skrin sekali dalam tempoh setahun bernilai RM2,299.