Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1599

LocalTechnology
19 Aug 2025 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei secara rasmi melancarkan MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 di Malaysia. Tablet ini direka khas untuk memenuhi keperluan hiburan, produktiviti dan pembelajaran dengan gabungan teknologi terkini dalam satu peranti berkualiti tinggi.

image is not available

Dengan berat sekitar 515 gram (termasuk bateri), tablet ini mudah dibawa kemana-mana sahaja. Ia dilengkapi dengan skrin 11.5-inci LCD (IPS) beresolusi 2.5K dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Paparan turut menyokong 1.07 bilion warna serta 100% sRGB untuk pengalaman visual yang tajam dan terang.

image is not available

Dari segi prestasi, MatePad 11.5” PaperMatte Edition (2025) menggunakan cip Kirin T82B yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Gabungan kesemua ini bagi memastikan kelancaran sewaktu menjalankan aplikasi, menyimpan dokumen dan mengakses kandungan media tanpa sebarang gangguan.

image is not available

Tablet turut menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3 untuk penggunaan lebih menyeluruh dan lancar. Ia menyokong pelbagia ciri pintar berasaskan AI seperti AI Enhanced untuk tulisan tangan yang lebih tepat, serta Magic Memo bagi pengurusan nota yang lebih efisien.

image is not available

Kamera utama hadir dengan sensor utama 13MP (f/1.8) dengan auto fokus, manakala kamera hadapan pula beresolusi 8MP (f/2.0).

Bateri berkapasiti 10,100mAh disertakan untuk memastikan penggunaan yang berpanjangan, dan menyokong pengecasan pantas sebagai pelengkap.

image is not available

Dari segi sambungan, tablet ini menyokong Wi-Fi (802.11a/b/g/n/ac/ax) dan Bluetooth 5.2, di samping menyokong sistem audio HUAWEI Histen 9.0 untuk pengalaman bunyi lebih imersif.

image is not available

Di Malaysia, tablet ini dijual pada harga RM1599 seunit. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma bernilai RM678 termasuk perisian WPC Level Office. Huawei turut menawarkan Smart Keyboard sebagai aksesori tambahan untuk meningkatkan produktiviti.