Huawei MatePad Air (2025) Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 10,100mAh

TechnologyDigital
15 Aug 2025 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei MatePad Air (2025) telah dilancarkan secara rasmi di China dengan beberapa ciri utama menarik. Ia hadir dengan skrin kadar segar semula 144Hz, HarmonyOS 5 yang meningkatkan produktiviti serta bateri berkapasiti besar. Gabungan ini menjadikan tablet ini sesuai digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kerja, hiburan dan kreativiti.

image is not available

Huawei MatePad Air (2025) dilengkapi skrin LCD 12″ beresolusi 2800 × 1840 piksel dengan kadar segar semula 144Hz. Ia turut menggunakan teknologi ‘Cloud Clear Soft Light’ yang bantu mengurangkan silau dan pantulan cahaya untuk pengalaman tontonan lebih selesa.

image is not available

Tiada maklumat cip pemproses didedahkan namun tablet hadir dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia menjalankan HarmonyOS 5 yang menawarkan pengalaman terkini bersama ciri AI seperti Xiaoyi Intelligent Body untuk ringkasan dokumen, terjemahan skrin dan pengecaman tulisan tangan. Stylus M-Pencil Pro baharu turut dilengkapi butang pintar Hongmeng Star Ring untuk arahan berasaskan AI dan penukaran suara ke teks.

image is not available

Huawei MatePad Air (2025) dilengkapi dengan kamera belakang 50MP dan kamera swafoto 8MP. Ia turut menampilkan enam pembesar suara terbina dengan ruang audio yang besar, serta ditala menggunakan teknologi audio Huawei Sound. Sokongan sambungan merangkumi Wi-Fi 7 dan teknologi NearLink.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved