Huawei MatePad Mini Dijual Pada Harga Bermula RM2199 – Skrin 8.8″ OLED PaperMatte, Bateri 6400 mAh

LocalTechnology
21 Apr 2026 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei MatePad Mini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi. Tablet ini membawakan konsep sebuah tablet mesra pengguna melalui tubuhnya yang kecil dan ringan di samping menawarkan sokongan produktiviti yang menyeluruh. Dengan gabungan tersebut, ia bukan sahaja mudah digunakan dalam pelbagai situasi malah berpotensi menjadi pesaing kepada tablet lain dalam segmen yang sama.

image is not available

Huawei MatePad Mini hadir dengan Papermatte Edition bersama pilihan warna Spruce Green kemudian dipadankan dengan paparan 8.8 inci Flexible OLED Display. Rekaannya yang nipis dan ringan sekitar 260g menjadikannya sesuai dengan penjenamaan Mini itu sendiri. Selain itu, pilihan memori turut merangkumi 12GB RAM bersama storan dalaman 256GB yang digandingkan dengan cip pemprosesan Kirin 9010B. Seterusnya, sistem kamera utama terdiri daripada lensa 50MP dan 8MP ultra‑lebar/makro manakala kamera swafoto pula hadir dengan resolusi 32MP.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Turut disediakan ialah bateri berkapasiti 6400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti AI Handwriting Enhancement dan AI Equation Recognition sekali gus menjadikan pengalaman penggunaan lebih pintar serta mesra pembelajaran. Selain itu, ia turut boleh digunakan bersama Huawak M‑Pencil Pro 3 yang direka khusus untuk golongan professional di mana butang pantas yang disediakan membolehkan akses segera kepada aplikasi kegemaran.

image is not available

Huawei MatePad Mini kini ditawarkan pada harga RM2399 dengan baucar pembekian awal bernilai RM200 menjadikannya boleh dimiliki serendah RM2199. Setiap pembelian turut disertakan dengan  hadiah percuma bernilai RM2014.

image is not available

Hadiah tersebut merangkumi baucar pembelian bernilai RM200, HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Folio Cover, PC Level WPS 3.0, gantian bateri percuma sekali dalam tempoh tiga tahun, penjagaan skrin PaperMatte percuma sebanyak dua kali dalam tempoh setahun serta jaminan percuma APAC selamat satu tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved