Rasanya baru sahaja pagi tadi kami menerbitkan artikel mengenai fon telinga Buds 4 Active bakal ditawarkan di Malaysia. Namun kemaskini baharu Xiaomi kini mendedahkan harga jualan rasmi iaitu RM119, serta anda yang berminat sudah boleh mendapatkanya bermula hari ini. Harga promosi serendah RM79 turut ditawarkan untuk pembelian yang dibuat sehingga 15 Ogos akan datang.

Redmi Buds 4 Active menggunakan set pemandu audio 12mm dan menyokong sistem pembatalan hingar aktif terbina. Ini digabungkan juga dengan kebolehan tambatan pantas yang boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3. Dalam pada itu, fon telinga ini juga melepasi penarafan kalis air IP54 dan boleh digunakan sehingga 30 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas.


