Redmi Mengacah Kehadiran Buds 4 Active Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lambakan fon telinga di pasaran tempatan telah memberi peluang kepada pengguna untuk memilih mana yang sesuai dengan keperluan, dan kini ia bakal diperluaskan lagi. Ia berikutan terdapatnya fon telinga baharu, iaitu Redmi Buds 4 Active yang mula diacah tiba di Malaysia tidak lama lagi.

image is not available

Ia tidak mengejutkan, kerana fon telinga ini sudah ditemui di laman pensijilan SIRIM sejak 11 Jun yang lalu. Cuma apa yang menjadi persoalan sudah tentulah mengenai harga jualan dan ketersediaan pembeliannya di Malaysia. Namun kita boleh menyasarkan butiran lanjut boleh sahaja didedahkan dalam masa terdekat ini.

Buds 4 Active merupakan fon telinga nirwayar bertangkai jenis dalam telinga. Ia menggunakan set pemandu audio sebesar 12mm yang juga menyokong pembatalan hingar aktif terbina. Namun begitu ia dikatakan hanya menyediakan dua mod pembatalan hingar berbanding tiga pilihan yang ditawarkan pada Redmi Buds 4 sebelum ini.

image is not available

Seterusnya tambatan pantas pula menerusi sambungan bluetooth 5.3, selain turut melepasi penarafan kalis air IPX4. Bateri disertakan pula mampu bertahan sehingga 28 jam keseluruhannya yang kemudiannya boleh dicas semula menggunakan port USB-C.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved