Huawei secara rasmi mengumumkan bahawa siri Pura 80 akan dilancarkan pada 11 Jun di China. Siri ini dijangka membawa kemajuan besar dalam teknologi pengimejan mudah alih dengan penekanan pada sistem kamera. Ia ditambah baik dengan sokongan dwi-periskop dan sensor CMOS sebesar 1-inci yang sudah semestinya mampu merakam imej yang lebih tajam.

Dari segi prestasi, Huawei Pura 80 mungkin dijana oleh cip Kirin 9020 yang dijangka menawarkan peningkatan dalam kecekapan pemprosesan. Selain itu, Huawei bakal memperkenalkan teknologi Maple Original Colour Imaging versi baharu yang bertujuan meningkatkan ketepatan warna dan kualiti visual imej. Selain itu, siri ini akan menggunakan HarmonyOS 5 untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Huawei turut dijangka tidak lagi menggunakan reka bentuk kamera boleh sentut seperti model tahun lalu. Sebaliknya, mereka memberi fokus pada bonggol kamera yang lebih kemas. Selain itu, reka bentuk ini boleh menempatkan empat sensor berasingan dalam susun atur segi tiga bergantung pada model.



