Realme GT7 dan GT7T Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Dimensity 9400e – Harga Bermula RM 1999

TechnologyDigital
27 May 2025 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Realme GT7 telah dilancarkan secara global dalam sebuah acara di Paris pada hari ini. Peranti ini hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik termasuk cip pemprosesan terkini serta bateri berkapasiti besar. Selain itu, ia ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Realme GT7 dan Realme GT7T dengan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri bagi memenuhi keperluan pengguna.

image is not available

image is not available

Realme GT7 menggunakan skrin LTPO AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Paparan juga menyokong kecerahan puncak mencapai 6000nits dan pensijilan HDR10+ serta Dolby Vision. Ia dikuasai dengan cip Mediatek Dimensity 9400e bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia turut menjalankan Realme UI 6.0 berasaskan Android 15, serta menyokong pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menarik.

image is not available

image is not available

image is not available

Antara ciri AI yang ditawarkan termasuk AI Planner yang bantu menyusun jadual harian secara sistematik dengan mengenal pasti kandungan yang berkaitan dengan acara, lalu memasukkannya secara automatik ke dalam kalendar. AI Eraser 2.0, AI Unblur, dan AI Upscale untuk meningkatkan kejelasan gambar bagi hasil yang lebih baik. AI Loop 2.0 pula berfungsi seperti Honor Magic Portal yang membolehkan perkongsian kandungan dengan lebih mudah antara aplikasi yang disokong.

image is not available

image is not available

image is not available

Realme GT7 hadir dengan sistem kamera belakang 50MP (utama) + 50MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar). Kamera hadapan pula sebesar 32MP dengan autofokus untuk imej lebih jelas. Peranti juga dilengkapi dengan bateri karbon silikon 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Selain itu, ia juga mempunyai sistem pembesar suara stereo, NFC, sensor inframerah serta penarafan kalis air IP69 untuk lebih tahan lasak untuk pelbagai keadaan.

image is not available

Sementara itu, Realme GT7T dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menyokong resolusi 1.5K dengan kecerahan puncak mencapai 1800 nits, yang boleh meningkat sehingga 6000 nits.

image is not available

Peranti ini dikuasakan oleh cip Dimensity 8400-Max dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk prestasi yang lancar. Ia menjalankan Realme UI 6.0, berasaskan Android 15 serta menyokong pelbagai ciri AI, termasuk AI Planner yang membantu penyusunan jadual harian secara lebih sistematik.

Dari segi fotografi, ia menawarkan kamera belakang 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) dan kamera hadapan 32MP dengan autofokus. Baterinya berkapasiti 7000mAh menggunakan teknologi karbon silikon dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Ia turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo, NFC serta penarafan kalis air IP69 untuk ketahanan yang lebih baik.

Harga jualan peranti-peranti yang dijual hari ini adalah seperti di bawah.

  • Realme GT7 (12/512GB) – RM2,599
  • Realme GT7T (12/256GB)- RM1,999

Pembelian turut disertakan dengan hadiah bernilai hingga RM997 termasuk jaminan lanjutan selama satu tahun, serta jaminan retak skrin selama satu tahun. Tawaran ini berlangsung dari 31 Mei 2025 hingga 30 Jun 2025.