Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499

LocalTechnology
9 Jun 2026 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499

Satu lagi produk yang diumumkan hari ini ialah Huawei Nova 15 Max. Telefon ini menekankan bateri berkapasiti besar untuk penggunaan lebih lama serta kamera dengan sensor RYYB yang memberikan prestasi lebih baik ketika merakam dalam keadaan pencahayaan rendah.

Image from: Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499
Image from: Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499

Huawei Nova 15 Max hadir dengan skrin OLED 6.84″ beresolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 4000 nit. Ia dipadankan dengan cip Kirin (model tidak didedahkan), memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB serta bateri 8500mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. Untuk kamera, ia menawarkan lensa utama sudut lebar 50MP Ultra Vision RYYB dengan OIS digabungkan dengan kedalaman 2MP. Bagi swafoto pula, terdapat kamera hadapan 8MP.

Image from: Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499

Nova 15 Max turut hadir dengan rekaan Star Ring klasik bersama bezel nipis untuk penampilan peranti yang premium. Modul kamera bulat dengan corak garis bergerigi menambah identiti tersendiri manakala panel belakang berkilau menyerlahkan gaya uniknya. Peranti ini dikuasai dengan sistem operasi EMUI 14.2.

Image from: Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499

Huawei Nova 15 Max kini ditawarkan di Malaysia pada harga rasmi RM1699 sebuah. Namun dengan rebat promosi ia boleh dimiliki pada harga lebih rendah iaitu RM1499.

Image from: Huawei Nova 15 Max Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM1499