Huawei Nova 16z Dilancarkan Dengan Bateri 6000mAh

TechnologyDigital
2 Jun 2026 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Nova 16z Dilancarkan Dengan Bateri 6000mAh

Huawei Nova 16z menjadi model keempat dalam siri baharu Nova. Telefon pintar ini ditawarkan sebagai pilihan yang lebih mampu milik namun masih hadir dengan ciri-ciri baharu yang menarik dalam kelasnya.

Image from: Huawei Nova 16z Dilancarkan Dengan Bateri 6000mAh

Huawei Nova 16z dilengkapi dengan skrin OLED rata bersaiz 6.7″ FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz bersama paparan AI HDR serta perlindungan mata pintar berasaskan AI. Ia digabungkan dengan bateri 6000mAh berasaskan silikon anode yang menyokong pengecasan pantas 100W. Selain itu, peranti ini turut dikuasai cip Kirin 8020 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Image from: Huawei Nova 16z Dilancarkan Dengan Bateri 6000mAh

Tetapan kamera utama terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur f/1.9, lensa telefoto potret 12MP RYYB dengan penstabilan imej, serta lensa warna khas Red Maple. Kamera telefoto ini menyokong zum dari 3X optikal hingga 30X digital. Di bahagian hadapan, ia dilengkapi dengan kamera potret 50MP dengan apertur f/2.4.

Image from: Huawei Nova 16z Dilancarkan Dengan Bateri 6000mAh

Huawei Nova 16z turut menawarkan sambungan moden seperti Wi-Fi 7 dwi-jalur (be), Bluetooth 6.0, teknologi StarFlash (alternatif Bluetooth daripada Huawei), serta NFC. Port USB-C yang digunakan hanya menyokong pemindahan data USB 2.0. Ia juga dilengkapi dengan sokongan tri-band BeiDou, GPS dwi-jalur dan Galileo. Pengimbas cap jari pula masih dipasang di bahagian sisi seperti beberapa model Nova sebelumnya.

Harga jualan bermula pada RMB2699 (256GB) iaitu kira-kira RM1,580 dan RMB3199 (512GB) iaitu kira-kira RM1,870. Namun begitu, masih belum dipastikan sama ada peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.