
Huawei Nova 16 dan Nova 16 Pro telah dilancarkan semalam dan turut hadir ialah versi paling mercu iaitu Nova 16 Ultra. Ia hadir dengan skrin 6.84” OLED LTPO 120Hz yang mempunyai perlindungan kaca Kunlun tahan lasak dan keterangan skrin sehingga 6000 nit.

Ini dipadankan dengan cip Kirin 9010S, memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 7000 mAh. Tidak seperti model Nova 16 yang lain, Nova 16 Ultra menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W secara nirwayar.
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP RYYB 1/1.28”, lensa ultra lebar 50MP, dan telefoto 50MP RYYB. Sementara itu kamera hadapan pula sebesar 50MP. Pengimbas cap jari terletak di sisi sementara kemampuan kalis air pula ialah IP69.

Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 6.1. Selain itu terdapat sistem speaker stereo, NFC, sokongan komunikasi satelit dan juga rangkaian 5G. Walaupun konfigurasi kamera sama dengan Nova 16 Pro, yang membezakan kedua-dua model ialah bonggol kamera mempunyai kemasan kulit vegan.
Di China harga jualan Huawei Nova 16 Ultra bermula RMB 4699 (~RM 2754) sebuah untuk storan 256GB,





