Huawei Nova 16s Pro Dan Nova 16s Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

LocalTechnology
12 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Nova 16s Pro Dan Nova 16s Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Huawei bakal memperkenalkan Nova 16s dan Nova 16s Pro di Malaysia pada minggu hadapan. Kedua-dua model ini hadir dengan rekaan premium, sistem kamera potret 200MP serta sokongan 5G yang dipertingkatkan.

Image from: Huawei Nova 16s Pro Dan Nova 16s Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Dari segi rekaan, kedua-dua model mengekalkan identiti warna ceria yang sinonim dengan siri Pura. Kedua-duanya juga mengekalkan rekaan bingkai rata dengan sisi yang sedikit melengkung, satu pendekatan rekaan yang semakin popular dalam kalangan telefon pintar moden. Jika ada perbezaan sekalipun, ia hanya melibatkan perubahan kecil pada modul kamera dan rekaan lubang kamera hadapan.

Image from: Huawei Nova 16s Pro Dan Nova 16s Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
Huawei Nova 16S Pro

Setakat ini, Huawei hanya mendedahkan beberapa spesifikasi utama bagi siri Nova 16 termasuk sistem kamera True Color, ciri AI Mode dan AI Composition, sokongan 5G terbina serta bateri 7,000mAh. Versi Pro bagaimanapun hadir dengan beberapa penambahbaikan termasuk kamera utama 200MP RYYB yang menggunakan sensor lebih besar, sokongan OIS dan AIS serta kamera hadapan yang menyokong fungsi zum swafoto sehingga 5x.

Image from: Huawei Nova 16s Pro Dan Nova 16s Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
Huawei Nova 16S

Huawei masih belum mengumumkan harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia. Pun begitu, tempahan awal telah dibuka dengan deposit RM100 yang membolehkan pelanggan menikmati rebat sehingga RM600 serta hadiah percuma bernilai sehingga RM1,956 bergantung pada model yang dipilih. Pelancaran rasminya dijadualkan berlangsung pada 19 November 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved