Rekaan Telefon Pertama OSTA Kini Tertiris Ke Arena Web – Sub-Jenama Baharu Huawei

TechnologyDigital
10 Nov 2026 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan Telefon Pertama OSTA Kini Tertiris Ke Arena Web – Sub-Jenama Baharu Huawei

Huawei sedia dilaporkan sedang dalam persiapan memperkenalkan sebuah sub-jenama baharu mereka, berkemungkinan dinamakan OSTA. Sebanyak dua model telefon dijangka diperkenalkan selari pengenalan jenama berkenaan, iaitu OSTA S1 dan juga OSTA S1 Pro.

Image from: Rekaan Telefon Pertama OSTA Kini Tertiris Ke Arena Web – Sub-Jenama Baharu Huawei

Selari perkembangan berkenaan, kini hadir tertiris ke arena web adalah OSTA S1 Pro, iaitu telefon pintar dengan rekaan lebar, dan hadir dengan tiga pilihan warna berbeza. Ia juga menggunakan gambar latar yang mengeja nama baharu, “OSTA”.

Mengikut desas-desus, ia dijangka hadir dengan skrin 6.39-inci dan menawarkan nisbah peranti 16:9.5, dan hadir dengan pilihan storan sehingga 1TB. Untuk makluman, Huawei juga mempunyai penawaran lebih kurang sama, iaitu Huawei Pura X View.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pelancaran rasmi OSTA oleh Huawei dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved