Huawei Nova Y72 telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan ia dilengkapi ciri butang X. Menerusi butang fizikal pada sisi peranti ini, aplikasi dapat dilancarkan dengan lebih pantas. Peranti dilengkapi skrin 6.75-inci LCD HD+, dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 22.5W.

Di belakang peranti terdapat sistem dwi-kamera 50+2 MP sementara kamera swafoto pula sebesar 8 MP. Anda pasti menyedari tiada maklumat mengenai pemproses yang digunakan. Ia tidak didedahkan pada laman rasmi tetapi besar kemungkinan ia cip pemproses .kelas permulaan Kirin 710A. Sistem operasi yang digunakan pula ialah EMUI 12

Huawei Nova Y72 adalah peranti kelas permulaan yang ia akan dijual pada harga RM899 sebuah dengan pilihan warna hitam atau hijau.
