Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

TechnologyDigital
14 Jul 2026 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Peranti Huawei Pura 90s Pro dan Huawei Pura 90s Pro Max akhirnya dilancarkan ke peringkat global dengan acara berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Seperti kesemua peranti di bawah keluarga Pura sebelum ini. Pura 90s sekali lagi memberikan penekanan ke atas kemampuan fotografi yang tinggi serta prestasi tahap mercu. Berdasarkan nama yang digunakan, siri Pura 90s global mempunyai beberapa perbezaan dengan siri Pura 90 yang dilancarkan di China pada April lalu.

Image from: Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Huawei Pura 90s Pro hadir dengan paparan skrin 6.6″ OLED LTOP 120Hz, menggunakan cip Kirin 9030S, memori 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 6000 mAh. Bateri menyokong pengecasan berwayar 66W dan nirwayar pula pada tetapan 50W menggunakan pengecas Huawei.

Image from: Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra lebar 12.5MP dan lensa telefoto 50MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto sebesar 13MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69. Sistem operasi yang digunakan pula ialah EMUI 16 di Malaysia menggantikan HarmonyOS untuk pasaran China. Ia ditawarkan dalam warna Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black, dan Coconut White.

Image from: Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Huawei Pura 90s Pro Max pula. hadir dengan paparan skrin 6.9″ OLED LTOP 120Hz, menggunakan cip Kirin 9030S, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 6000 mAh. Bateri menyokong pengecasan berwayar 100W dan nirwayar pula pada tetapan 80W menggunakan pengecas Huawei.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, lensa ultra lebar 40MP dan lensa telefoto 200MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto sebesar 13MP. Tubuh peranti melepasi piawaian IP69. Sistem operasi yang digunakan juga ialah EMUI 16 di Malaysia menggantikan HarmonyOS untuk pasaran China. Ia ditawarkan dalam warna Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold, dan Graphite Black.

Image from: Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Semua peranti-peranti ini hadir dengan sistem ejen AI terbina yang boleh mengakses maklumat peribadi dengan cepat dan membantu menjana kandungan generatif melalui arahan suara sahaja.

Image from: Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max Dilancarkan – Harga Bermula RM3699

Pra-tempahan untuk peranti pintar ini sudahpun dibuka menerusi laman rasmi Huawei serta gedung rasmi Huawei di pelbagai platform edagang popular di Malaysia. Harga adalah seperti di bawah

  • Huawei Pura 90s Pro – RM3699 (12/256GB)
  • Huawei Pura 90s Pro – RM3999 (12/512GB)

  • Huawei Pura 90s Pro Max – RM4899 (12/512GB)

Hadiah percuma bernilai RM3,076 diberikan kepada pelanggan yang melakukan pratempahan dalam bentuk baucar RM400, hadiah misteri bernilai RM999 dan pakej Premium Service HUAWEI Pura 90s bernilai RM1,677. Ia adalah jaminan kerosakan 1 tahun, jaminan gantian peranti 1 tahun, jaminan percuma 1 tahun, gantian pelindung skrin 2 tahun sebanyak 4 kali serta perkhidmatan VIP 1-dengan-1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved