Huawei FreeClip 2 S Dengan Rekaan Anting-Anting Dilancarkan Pada Harga RM879

TechnologyDigital
14 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeClip 2 S Dengan Rekaan Anting-Anting Dilancarkan Pada Harga RM879

Selain melancarkan Huawei Pure 90s Pro dan Pura 90s Pro Max ke pasaran global di Malaysia hari ini, Huawei FreeClip 2 S juga turut diumumkan dengan rekaannya mirip sepasang anting-anting. FreeClip 2 S diklip ke telinga dengan rekaan terbuka diberi nama Airy C Bridge yang menawarkan keselesaan kepada pemakai.

Image from: Huawei FreeClip 2 S Dengan Rekaan Anting-Anting Dilancarkan Pada Harga RM879

Pemandu audio menawarkan audio yang jelas tanpa menghalang pendengaran audio sekitar. Bekas simpanan pula berbentuk bulat dengan FreeClip 2 S ditawarkan dalam warna DeepSea Blue dan Space Silver. Terdapat pad sesentuh pada anting-anting untuk kawalan audio. Pada waktu yang sama ia juga boleh mengesan pergerakan kepala untuk menjawab atau menolak panggilan telefon.

Image from: Huawei FreeClip 2 S Dengan Rekaan Anting-Anting Dilancarkan Pada Harga RM879

Menurut Huawei, FreeClip 2 S boleh berfungsi sehingga 9 jam atau sehingga 38 jam dengan bantuan pod pengecas. Fon telinga ini turut melepasi piawaian kalis debu da air IP57 yang menjadikannya sesuai digunakan semasa bersenam.

Image from: Huawei FreeClip 2 S Dengan Rekaan Anting-Anting Dilancarkan Pada Harga RM879

Ia direka untuk serasi digunakan dengan peranti Huawei, Android dan iOS. Ini dilakukan menerusi aplikasi Huawei Audio Connect. Di Malaysia Huawei FreeClip 2 S dijual pada harga RM879 sepasang. Pembeli akan menerima perlindungan hilang setahun bernilai RM139 dan jaminan APAC percuma setahun bernilai RM179.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved