Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP

TechnologyDigital
7 Sep 2026 • 6:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei turut memperkenalkan Pura X View iaitu sebuah telefon lipat mereka yang meneruskan konsep lipat lebar dengan perkakasan dalaman berkuasa. Ia juga dipasarkan sebagai peranti serba guna sesuai untuk mereka yang mahukan fungsi pelbagai dalam satu pakej.

Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP
Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP

Huawei Pura X View hadir dengan skrin luar 6.39″ OLED FHD+ beresolusi 2232 × 1320 piksel dengan kadar segar semula 120Hz. Panel ini menggunakan rekaan sudut membulat, dan bukanlah petak seperti konsep yang dibawakan oleh Samsung Galaxy Z Fold 8. Paparan hadapan ini juga menggunakan nisbah aspek 16:9.5 dengan bezel setebal 1.05 mm di keempat-empat sisi. Spesifikasi utama skrin termasuk kecerahan puncak sehingga 6,500 nits serta sokongan 2,160 Hz high-frequency PWM dimming.

Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP
Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP

Tunjang utama Huawei Pura X View menggunakan cip Kirin 9030S bersama sistem penyejukan bersaiz besar untuk pelepasan haba yang lebih baik. Ia turut menyokong Ring-Type Gain Antenna dan susunan empat mikrofon bagi memastikan kualiti sambungan serta rakaman audio lebih jelas. Bateri pula sebesar 7,000 mAh berasaskan anod silikon, yang direka untuk memberikan ketahanan lebih lama sambil mengekalkan kerangka peranti yang nipis.

Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP
Image from: Huawei Pura X View Diperkenalkan – Cip Kirin 9030S, Bateri 7000mAh, Kamera XMAGE 200MP

Sistem kameranya terdiri daripada 200MP RYYB (f1/8) OIS, 8MP ultra-lebar (f/2.2) dengan sokongan makro, 50MP periskop telephoto OIS dan swafoto sebesar 50MP. Melengkapi peranti juga adalah penarafan kalis air IP68/69. Harga jualan di China bermula RMB 5,999 (~RM 3,615) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved