Huawei Pura X View Diperlihatkan Dengan Skrin Lebar 15.5:9

TechnologyDigital
21 Aug 2026 • 7:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura X View Diperlihatkan Dengan Skrin Lebar 15.5:9

Rekaan Huawei Pura X View telah diperlihatkan secara rasmi oleh Huawei semalam dengan ia merupakan telefon pintar skrin lebar tidak boleh dilipat pertama dunia. Skrin Pura X View sebesar 6.39″ OLED dengan keterangan puncak 6500 nits dan bezel yang nipis. Nisbah skrin ialah 15.5:9 yang lebih lebar berbanding nisbah skrin biasa 19:9.

Image from: Huawei Pura X View Diperlihatkan Dengan Skrin Lebar 15.5:9

Ini dipadankan dengan memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 7000 mAh. Tiada maklumat mengenai kamera dikongsi setakat ini. Huawei sekadar mengatakan ia setebal 6.68mm dan sebesar 201 gram. Dari sudut rekaan ia sebenarnya amat mirip dengan Pura X Max yang dilancarkan tahun lalu.

Ia akan mula dijual di China pada 28 Ogos dalam warna Phantom Night Black, Zero Degree White, Leaping Shadow Red, dan Linen Grey.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved