Samsung Galaxy Watch 6 & Watch 6 Classic, bezel berputar lebih nipis, lebih cerah dan lebih besar

Digital
26 Jul 2023 • 8:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Dalam acara Unpacked 2023 yang baru sahaja berlangsung di Seoul Korea, Samsung telah melancarkan dua jam pintar baharu dalam siri Galaxy Watch iaitu Galaxy Watch 6 dan Galaxy Watch 6 Classic. Model Classic kini kembali setelah Samsung menggantikannya dengan model Pro untuk siri Galaxy Watch 5 tahun lepas.

Sekali imbas, memang tiada banyak beza pada bahagian luaran siri Watch 6 berbanding model terdahulu. Tetapi Samsung ada membawakan beberapa pembaharuan pada bahagian skrin, kapasiti bateri serta memuatkan cip terbaru keluaran mereka.

Samsung juga mengembalikan bezel boleh berputar untuk model Galaxy Watch 6 Classic, fungsi yang sama boleh dijumpai di Galaxy Watch 4 Classic terdahulu. Untuk model Galaxy Watch 6 pula, bezelnya adalah daripada jenis sensitif sentuhan.

Bermula pada bahagian dalaman, kedua-dua jam pintar dalam siri Galaxy Watch 6 diperkasa oleh cip Exynos W930, dengan konfigurasi RAM 2GB serta storan 16GB. Kedua-dua jam memiliki sensor yang lebih kurang serupa, cuma model Classic dilengkapi dengan sensor tambahan iaitu sensor 3D Hall. Antara sensor yang dikongsi pada kedua-dua jam termasuk sensor denyutan jantung, tidur, ECG, suhu, akselerometer, barometer, giro, geomagnet, cahaya dan analisis komposisi badan.

image is not available

Yang menariknya, ciri tidur di siri Galaxy Watch 6 terbaru ini menawarkan pemantauan tidur yang lebih mendalam untuk bantu pengguna menambah baik kualiti tidur. Di samping itu, ciri kecergasan kini lebih dipertingkatkan dengan ciri analisis komposisi badan membolehkan pengguna mengukur peratusan lemak badan, air dalam badan, otot rangka serta kadar metabolisme asas.

Sensor-sensor tersebut dijalankan di atas sistem operasi terbaru, Wear OS 4 dengan antaramuka One UI 5 Watch. Menyalurkan tenaga pada jam merupakan dari bateri berkapasiti 425mAh untuk varian lebih besar, manakala 300mAh untuk varian kecil. Samsung mengatakan masa penggunaan boleh mencapai sehingga 40 jam.

image is not available

Perkakas yang digunakan pada bahagian muka jam untuk kedua-dua model menyerupai satu sama lain. Berbanding model sebelum ini, skrinnya kini 20% lebih besar dan bezelnya 30% lebih nipis. Ia menggunakan panel jenis Super AMOLED sama ada berukuran 1.5-inci dengan resolusi 480×480 atau 1.3-inci dengan resolusi 432×432. Kecerahan puncak yang disokong adalah pada 2,000 nits.

Lagi ciri yang terdapat pada siri Galaxy Watch 6 terbaru ini seperti LTE (untuk model terpilih), Bluetooth 5.3, WiFi, GPS, NFC dan kalis air 5ATM. Galaxy Watch 6 tersedia dalam dua saiz iaitu 44mm dan 40mm, manakala Galaxy Watch 6 Classic 47mm dan 43mm.

Bacaan Berkaitan