Galaxy Watch 6 dan Watch 6 Classic: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Digital
26 Jul 2023 • 10:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Selain telefon lipat, acara Samsung Galaxy Unpacked 2023 juga memperlihatkan pelancaran barisan jam pintar terbaru dalam siri Galaxy Watch 6, yang merangkumi Galaxy Watch 6 dan Galaxy Watch 6 Classic. Terdapat dua saiz dan dua varian yang ditawarkan bagi setiap model. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia.

  • Galaxy Watch 6 Classic (47mm LTE) – RM1,799
  • Galaxy Watch 6 Classic (47mm BT) – RM1,499
  • Galaxy Watch 6 Classic (43mm LTE) – RM1,699
  • Galaxy Watch 6 Classic (43mm BT) – RM1,399

  • Galaxy Watch 6 (44mm LTE) – RM1,499
  • Galaxy Watch 6 (44mm BT) – RM1,199
  • Galaxy Watch 6 (40mm LTE) – RM1,399
  • Galaxy Watch 6 (40mm BT)- RM1,099

Promosi Tempahan Awal

Bermula hari ini, Samsung telah membuka tempahan awal bagi siri jam pintar terbaru Galaxy Watch 6. Tempahan boleh dibuat di laman web Samsung Malaysia, mulai 26 Julai hingga 17 Ogos.

image is not available

Setiap pembelian siri Galaxy Watch 6 dalam tempoh yang disebutkan tadi, Samsung akan menawarkan hadiah percuma bernilai RM347 berbentuk tali jam fabrik, kepala pengecas 15W serta dock pengecas jam. Selain itu, pembeli tempoh awal juga akan menerima rebat tukar beli bernilai RM200 serta diskaun 20% untuk perlindungan Samsung Care+.

Samsung juga akan berikan penjimatan 20% untuk pembelian siri Galaxy Buds 2 atau tali jam kepada mereka yang menempah awal.

Jika anda berminat, bolehlah singgah ke laman web Samsung Malaysia untuk menempah Galaxy Watch 6 dan Galaxy Watch 6 Classic. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang spesifikasi, boleh layari laporan siri Galaxy Watch 6 kami di sini.

Bacaan berkaitan