
Huawei hari ini melancarkan dua jam tangan pintar terbaharu Huawei Watch GT7 dan Huawei Watch GT7 Pro ke pasaran Malaysia. Kedua-duanya hadir dengan reka bentuk moden, paparan lebih terang serta ciri kesihatan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pengguna berbeza.

Huawei Watch GT 7 Pro diperbuat daripada gabungan aloi titanium dan seramik berteknologi nano serta kaca nilam bersaiz 1.47 inci yang mampu mencapai kecerahan sehingga 3000 nits. Jam tangan ini menyokong lebih 110 mod sukan termasuk ski, berbasikal, larian denai dan golf dengan sistem Sunflower Positioning bersama AI-XDR bagi memastikan ketepatan GPS yang lebih baik.


Watch GT 7 Pro turut menawarkan ciri kesihatan seperti analisis ECG, pemantauan HRV, tidur, emosi dan glukosa darah termasuk kajian risiko diabetes. Dari segi ketahanan, jam ini hadir dengan penarafan kalis air 5 ATM/IP69 yang membolehkan aktiviti menyelam sehingga kedalaman 40 meter. Bateri pula mampu bertahan sehingga 21 hari bagi penggunaan ringan, 12 hari untuk penggunaan biasa, 7 hari dengan paparan sentiasa aktif (AOD), serta sehingga 51 jam dalam mod larian denai.

Huawei Watch GT 7 ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 46mm dengan skrin AMOLED 1.47 inci (466 × 466 piksel, PPI 317, kecerahan 3000 nits) dan 41mm dengan skrin AMOLED 1.32 inci (466 × 466 piksel, PPI 352, kecerahan 3000 nits). Bahagian hadapan jam diperbuat daripada keluli tahan karat manakala belakangnya komposit gentian berprestasi tinggi

Jam tangan ini dilengkapi dengan sensor kadar denyutan jantung optikal, barometer, giroskop dan magnetik. Ia menyokong lebih 110 mod sukan termasuk berbasikal, larian denai dan badminton. Dari segi kesihatan, Watch GT 7 menawarkan fungsi TruSleep 5.0, pemantauan HRV, emosi, kesihatan wanita, jantung, gula dalam darah serta altitud tinggi.

Perlindungan pula hadir dengan penarafan kalis air 5 ATM dan IP68. Model 46mm mempunyai ketahanan bateri sehingga 21 hari bagi penggunaan ringan atau 51 jam dalam mod larian denai. Model 41 mm pula mampu bertahan sehingga 14 hari bagi penggunaan ringan atau 32 jam dalam mod sama.


Bagi yang berminat, Watch GT 7 ditawarkan pada harga RM1,199 dengan rebat RM100 menjadikan harga selepas diskaun RM1,099. Sementara itu, Watch GT 7 Pro hadir dengan tanda harga lebih premium iaitu RM1,499 dan selepas rebat RM100, harganya menjadi RM1,399.
Pembelian turut disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM713 termasuk tali EasyCross, fon telinga Huawei FreeBuds SE 2, langganan Huawei Health+ selama 3 bulan, keahlian muka jam selama sebulan dan jaminan APAC setahun.





