Huawei Watch Ultimate Design Spring Edition Boleh Didapati Di Malaysia Pada RM 17,999

LocalDigital
19 May 2026 • 3:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Watch Ultimate Spring turut dilancarkan di Malaysia sebentar tadi. Ia merupakan model premium eksklusif yang kali ini lebih menekankan gaya feminin berbanding model sebelumnya yang berimej maskulin.

image is not available
image is not available

Edisi Spring ini direka bersama pereka barang kemas terkenal Francesca Amfitheatrof yang berinspirasi daripada keindahan musim bunga dan bentuk semula jadi. Ia hadir dengan bezel sapphire berpotongan 60 sisi, tombol logam bertatahkan berlian asli dengan 18 sudut sisi, serta tali jam dihiasi 99 berlian asli yang dipasang secara manual.

image is not available
image is not available

Susunannya menggunakan nisbah emas Fibonacci untuk menghasilkan keseimbangan yang indah dan sedap dipandang. Ia juga menggunakan kerangka titanium, bahagian belakang seramik serta kemasan cermin berkilau. Muka jam turut boleh diubah dengan paparan dinamik yang menampilkan tema musim bunga manakala kemasan berkilau di sebalik tombol pula memberikan sentuhan mewah dan bercahaya.

image is not available
image is not available

Dari segi fungsi, ia dilengkapi sensor ECG, PPG dan tekanan untuk menghasilkan laporan kesihatan pantas merangkumi 11 metrik utama termasuk kardiovaskular dan respiratori. Ia turut mampu menjejak tidur, mood, kadar denyutan jantung, diet dan kesejahteraan emosi serta menyokong lebih 100 mod senaman seperti golf, pilates dan tarian jazz. Selain itu, ia menawarkan latihan pernafasan dan pemantauan kesihatan namun bukan untuk kegunaan perubatan.

image is not available
image is not available

Kesemua ini dimuatkan dalam sebuah jam tangan dengan skrin AMOLED LTPO 1.38 inci, resolusi 466 x 466 piksel (~478 ppi), kecerahan puncak 3000 nits, lapisan kaca sapphire serta ketahanan air 5 ATM dengan penarafan IP68/IP69 yang menyokong selaman sehingga 40 meter. Bagi yang berminat, Watch Ultimate Spring boleh didapati di Malaysia pada harga RM17,999.

image is not available
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved